Sukan Hari Ini

‘Saingan rebut takhta masih terbuka’

Bournemouth, United Kingdom: Arsene Wenger percaya enam kelab teratas masih bersaing untuk merebut gelaran Liga Perdana musim ini dan mengaku Arsenal perlu menamatkan catatan mengecewakan jika mahu muncul antara pencabar utama.

Skuad kendalian Wenger akan bertandang ke Bournemouth malam ini dalam usaha memburu kemenangan pertama peringkat liga sepanjang lima perlawanan.

Keputusan seri tanpa jaringan dengan Southampton di tempat sendiri bermakna Gunners hanya berjaya mengumpul tiga mata dalam empat perlawanan sekali gus menduduki tangga keempat, lima mata di belakang pendahulu, Leicester City.

Dan apa yang lebih memeningkan pengurus itu ialah kelab utara London itu gagal menghasilkan sebarang jaringan sepanjang tiga perlawanan liga terakhir.

Dengan saingan merebut kejuaraan musim ini dianggap sebagai yang paling terbuka sejak bertahun-tahun lalu, Wenger sedar pasukannya tidak lagi boleh mencatat keputusan negatif.

Pengurus Arsenal itu berkata: “Kami berada di kedudukan di mana kami perlu bangkit terlebih dulu – memenangi perlawanan – kerana itulah yang tidak kami lakukan sejak kebelakangan ini. Kami perlu melihat kepada fakta. Kami tidak menang dalam empat perlawanan.

“Kami mahu kembali menang dan kemudian barulah melihat kepada keputusan pasukan lain.

“Jika dilihat kepada jadual, anda pasti kata bahawa kami sepatutnya boleh menang setidak-tidaknya lima atau enam perlawanan. Ia memang seronok tetapi malangnya ia tidak berlaku.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");