Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Akan Menyerah Kalah’ – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerah kalah dalam usahanya bagi menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun sudah setahun melakukan ‘serangan’.

Katanya lagi, beliau berpegang kepada prinsip untuk bangun kembali apabila jatuh dan terus mencuba.

“Saya berpegang apabila kita jatuh, kita perlu bangun semula dan cuba lagi dan lagi. Ia sama ada apa yang kita lakukan itu berbaloi atau tidak,”katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Ketika ditanya bahawa usaha yang dilakukan oleh beliau sejak April 2015 hampir pudar untuk menjatuhkan Najib, Tun Mahathir berkata, undang-undang di Negara ini tidak dilaksanakan dengan betul dan adil.

“Undang-undang sedia ada tidak dilaksanakan dengan betul. Undang-undang baru kemudian digubal untuk tujuan menangkap dan membicarakan orang.

“Saya tahu semasa zaman saya ada ISA, tetapi saya tidak gunakannya untuk menangkap orang yang kritik saya. Hanya apabila mereka melakukan sesuatu kepada Negara,”jelas beliau.

Tambah bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu lagi, undang-undang di negara ini digunakan berbeza dan bergantung kepada siapa individu tersebut.

“Jika kita kritik kerajaan sekarang, kita akan ditahan, disoal dan dibicarakan. Jika tidak boleh kritik, maka dimanakah demokrasi?

“Undang-undang yang digunakan berbeza bergantung kepada siapa diri anda. Jadi seseorang mesti mengatakan sesuatu.

“Saya katakan kerana saya mahu negara ini mempunyai reputasi yang baik,”ulas Tun Mahathir.

Ujar Tun Mahathir lagi, beliau tidak pernah menyarankan agar kekerasan serta keganasan digunakan bagi menuntut perubahan dalam kepimpinan.

“Hari ini reputasi negara adalah teruk. Orang tanya kepada saya apa yang telah berlaku kepada negara awak? Ia adalah memalukan. Semua kerana kepimpinan seorang lelaki.

“Jika kita membuat kesilapan, kita perlu mengubah dengan cara yang aman. Saya tidak sokong keganasan.

“Tetapi apabila saya bersuara, saya diganggu dengan ugutan penangkapan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada gesaan pemimpin UMNO tertentu yang berkata bahawa penulisan beliau diblognya mempunyai unsur ugutan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");