Perak Hari Ini

Sejauh Mana Penguatkuasaan GST?

IPOH: Setelah hampir 10 bulan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan sejak 1 April lalu, masih ada lagi peniaga-peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah.

Exco Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim, Khairulazani Khairuddin berkata, melalui pemerhatian dan maklumbalas yang beliau perolehi daripada seluruh cawangan-cawangan UMNO di Tanjung Malim, GST merupakan salah satu penyumbang kepada kenaikan harga barang.

“Saya sendiri secara peribadi menganggap GST pada teorinya adalah satu dasar yang baik berdasarkan kemampuan ia menambah pendapatan negara.

“Namun sejarah ekonom8 dunia membuktikan setiap blok dasar ekonomi yang asasnya baik ada juga buruknya. Ini termasuklah juga dasar GST ini,”katanya, menerusi satu kenyataan.

Tambahnya lagi, sejak GST diperkenalkan, terdapat pelbagai versi yang dicanangkan kepada rakyat.

“Antaranya ialah rakyat atau pengguna tidak perlu membayar GST kerana yang dikenakan GST hanyalah pengilang, pemborong dan peniaga.

“Namun hakikat yang diterima kini rakyat dan pengguna juga yang membayar GST ini,”ujarnya.

Jelasnya lagi, walaupun sudah 10 bulan GST dilaksanakan, keadaan masih tidak banyak berubah kerana masih ada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah.

“Persoalan yang kini bermaij di fikiran orang ramai adalah, dimanakah penguatkuasaan?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");