Jenayah

‘Siapa punya kerja ni?’

MELAKA: Gara-gara ternampak lembaga putih seakan-akan pocong yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah berdekatan Kubur Cina Duyong, di sini, seorang pemuda nyaris kemalangan dalam kejadian awal pagi semalam.

Norzaimy Zakariah, 32, yang menetap di Taman Desa Duyong berkata, dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Viva berseorangan dalam perjalanan menghala ke Bukit Duyong dan terserempak dengan lembaga putih yang diletakkan di sebatang pokok kawasan itu.

Disebabkan terkejut, katanya, dia nyaris kemalangan apabila hampir merempuh tong sampah yang berada di tepi jalan, sebelum dia keluar dari kereta dan melihat lebih dekat lembaga terbabit.

“Saya betul-betul terkejut sebab jalan ini memang selalu saya lalu. Tapi malam tadi (semalam) tiba-tiba ternampak benda putih.

“Mula-mula saya ternampak kain putih yang tergantung di pokok sebelum terlihat objek putih di sebatang pokok lain.

“Saya keluar kereta sebab nak pastikan betul atau tidak, tapi bila lihat secara dekat rupanya seperti lembaga yang realiti sebelum bergegas memberitahu rakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Norzaimy berkata, dia yang tidak puas hati pergi semula ke tempat itu bersama rakannya namun apabila mendekati objek tersebut dia berasa tidak sedap hati sebelum beredar.

Menurutnya, disebabkan beberapa persoalan bermain di fikirannya, lebih kurang jam 8 pagi semalam, dia pergi semula ke lokasi itu dan mendapati objek yang disangkakan lembaga itu sebenarnya dua batang kayu yang diikat dengan baju Melayu berwarna putih.

“Ada seorang pakcik pekerja SWM yang membuka ikatan objek itu, Difahamkan petang sebelum kejadian, objek seperti hantu Cina turut diletakkan di situ.

“Mungkin ini perbuatan budak-budak nakal untuk menakutkan orang ramai. Jika dibiarkan, ia boleh mendatangkan masalah seperti kemalangan terutama mereka yang lemah semangat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");