Perak Hari Ini

Skim Insuran Jamin Pesawah Apabila Dilanda Musibah -DS Tajuddin

PASIR SALAK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mengadakan perbincangan untuk memastikan para pesawah di negara ini memiliki skim insuran khas bagi menjamin mereka ketika ditimpa musibah seperti banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang melaksanakan perbincangan dan kajian untuk menentukan jumlah premium yang akan dikenakan kepada pesawah.

Tegasnya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah premium berkenaan dibawah RM100 untuk tidak membebankan para pesawah.

IMG_2189

“Bagi jangka masa panjang, kita mencari satu pendekatan baru yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pertanian iaitu Skim Insuran dimana setiap pesawah akan mengambil pelindungan insuran yang melindungi petani ketika musim banjir dan sebagainya.

“Kita sedang mengadakan perbincangan. Jumlah premium belum lagi ditentukan dan tidak menolak kemungkinan bahawa premium tidak begitu tinggi bagi tidak membebankan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Ke arah Peningkatan Hasil Padi Berkualiti di sini, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan replika cek insentif NKEA EPP 11 musim 2 2015 berjumlah RM1.03 juta.

IMG_2171

Ujarnya, pihak Agrobank telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian dan mengemukakan skim insuran tersebut.

Terdapat seramai 155,000 pesawah di seluruh Malaysia dan 4,200 orang daripada jumlah berkenaan terdapat di parlimen Pasir Salak.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada para petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan produktiviti padi.

“Harapan kerajaan adalah untuk melihat produktiviti boleh ditingkatkan dan sasaran untuk memperolehi 10 tan metrik sehektar dapat dicapai,” katanya.

Tajuddin berkata, memandangkan ekonomi penduduk setempat banyak bergantung kepada padi dan beras, maka sektor perlu dimajukan supaya ia akan memberi manfaat kepada mereka.

Beliau juga berharap seminar yang dijalankan pada hari ini dapat memberikan ilmu kepada para pesawah untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran padi mereka melalui langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");