Sukan Hari Ini

Sochaux cantas ego Monaco

Paris: Kelab bermasalah divisyen dua Perancis Sochaux mengejutkan AS Monaco 2-1 pada pusingan 16 terakhir Piala Perancis awal pagi semalam manakala Gazelec Ajaccio berjaya mengelak kejutan di kelab amatur Saint-Malo.

Sochaux berdepan prospek tersingkir ke divisyen tiga Perancis buat kali pertama dalam sejarah kelab itu, namun kelab Ligue 2 itu mendahului pada minit ke-19 menerusi Florian Martin di Stade Auguste Bonal.

Tiemoue Bakayoko menanduk masuk sebaik sebelum rehat bagi menyamakan kedudukan buat Monaco, namun Hadi Sacko, yang beraksi secara pinjaman dari Sporting Lisbon, merembat masuk melepasi Paul Nardi pada minit ke-54 bagi membantu Sochaux layak ke suku akhir.

Gazelec Ajaccio menang 2-1 di laman lawan berdepan kelab divisyen empat Saint-Malo, namun kelab Ligue 1 itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas Steven Creac’h meletakkan tuan rumah di depan di Stade du Roudourou.

Bagaimanapun, gol babak kedua Kevin Mayi dan Khalid Boutaib membantu kelab Corsica itu mara ke suku akhir, dengan kelab divisyen lima Granville menyertai mereka apabila menang 1-0 selepas masa tambahan ke atas kelab divisyen dua Bourg-en-Bresse. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");