Sukan Hari Ini

Spieth, Day tak lupa diri

San Francisco, AS: Pemain nombor satu dunia Jordan Spieth (gambar) dan pemain ranking ketiga Jason Day berusaha mengelak perubahan disebabkan kejayaan gemilang ketika mereka mengintai peluang menjuarai kejohanan Pro-Am Pebble Beach dalam Jelajah PGA AS, minggu ini.

Bintang berusia 20-an itu, masing-masing menang kejuaraan utama buat kali pertama tahun lalu, mengungguli senarai pemain dan bintang selebriti yang bertanding di tiga lapangan berbeza di pantai Pasifik.

Spieth, penyandang juara Masters dan Terbuka AS, tidak banyak berubah sejak melonjak ke tangga teratas ranking dunia.

“Saya fikir jika anda berada dalam kelompok lima atau 10 terbaik, impaknya tetap sama,” ujar Spieth. “Apabila anda berada di puncak, ada sedikit perbezaan.

“Saya tidak fikir perlu berubah dengan kedudukan saya sekarang. Satu label tidak sepatutnya mengubah siapa anda sama ada bagus atau tidak.”

Day dari Australia, yang menjuarai kejohanan utama sulungnya pada Kejohanan PGA tahun lalu, mendedahkan perkara sama.

“Kehidupan saya tidak banyak berubah. Saya masih seorang lelaki membosankan seperti sebelum memenangi kejohanan utama,” kata Day. “Saya lebih selesa dengannya.”

Day mempunyai anak-anak apabila merancang dengan jadual dan rutin latihannya, sesuatu yang tidak dimiliki pencabarnya dalam kalangan empat bintang muda terbaik dunia, Spieth, pemain kedua dunia Rory McIlroy dan pemain ranking keempat Rickie Fowler.

“Rickie, Rory dan Jordan tidak mempunyai anak,” kata Day.

“Penting buat saya berada bersama mereka menyaksikan mereka membesar. Mereka mungkin akan berada di sana satu hari nanti dan bermain seperti saya. Mengekalkan keseimbangan sebagai seorang pemain golf profesional agak sukar.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");