Jenayah

Taktik sorok dadah gagal

ALOR SETAR: Taktik dua lelaki cuba menyembunyikan dadah jenis ganja dalam beg berwarna hitam dalam baldi lusuh disembunyikan dalam bekas takungan air diperbuat dari simen tidak berhasil.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dan anggota risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kubang Badak, Kuala Terengganu membuat serbuan di Felda Guar Napai, Kodiang, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan awal ke atas kedua suspek bekerja sebagai buruh tidak menemui barang salah.

“Bagaimanapun, polis menemui selaras senapang angin buatan sendiri berwarna coklat berukuran lebih kurang 1.22 meter (m) melalui pemeriksaan lanjut di sebelah kiri pintu pondok di felda itu.

“Manakala, ketulan mampat tumbuhan-tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 566 gram (g) bernilai RM700 ditemui dalam sebuah beg berzip berwarna hitam,” katanya.

Abdul Rahim berkata, beg mengandungi dadah jenis ganja berkenaan ditemui dalam sebuah baldi lusuh disembunyikan dalam bekas takungan air diperbuat dari simen.

Menurutnya, pemeriksaan seterusnya dilakukan di sebuah kediaman terletak berhampiran pondok terbabit berhasil menemui lagi selaras senapang angin.

Katanya, senapang angin bersarung hitam jenama Steven Air Rofle Automatic warna coklat berkenaan disembunyikan suspek di belakang sofa bahagian ruang tamu kediaman terbabit.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjatapi 1960 kerana memiliki senapang angin buatan angin buatan sendiri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");