Berita Hari Ini

Tengku Mahkota beri penghormatan

Sepang: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, petang semalam bagi memberi penghormatan kepada jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor.

Turut sama menyambut ketibaan jenazah ialah Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Othman Hashim dan Duta Besar Switzerland ke Malaysia Michael Winzap dan ahli keluarga Allahyarham.

Jenazah tiba di KLIA dengan pesawat Lufthansa Airlines (LH782) kira-kira jam 5.25 petang semalam.

Selepas majlis penghormatan terakhir di anjung Kompleks Bunga Raya, jenazah dibawa ke Masjid Sultan Abdul Samad KLIA untuk disembahyangkan selepas solat Maghrib sebelum dibawa kampung halamannya di Muar, Johor untuk dikebumikan.

Lebih 200 tetamu hadir menyambut ketibaan jenazah termasuk sanak saudara, kenalan rapat dan warga Kementerian Luar Negeri.

Sementara itu, bekas Duta Malaysia ke Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata, beliau pernah bekerjasama dengan arwah ketika menyertai proses evakuasi pelajar Malaysia di Mesir pada 2011 dan arwah pada masa itu berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Libya.

Beliau yang juga Presiden Robitah Antarabangsa Alumni Al Azhar berkata, arwah seorang yang sangat suka bekerja, malah arwah dilihat sangat komited dalam menguruskan operasi pemindahan pelajar Malaysia ke Kaherah pada ketika itu.

“Saya tidak tahu dia sakit barah kerana ketika itu langsung tidak menampakkan arwah menderita sakit berkenaan walaupun dikesan pada 2008,” katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Abdul Samad di sini semalam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");