Sukan Hari Ini

Tok Gajah cemas

Kuantan: Jaringan minit akhir penyerang import Pahang, German Pacheco menyelamatkan skuad itu daripada tewas apabila seri 2-2 dengan Terengganu II di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Pahang yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain ternyata memberi tekanan tetapi kejayaan mengutip satu mata memberi semangat buat anak buah Ahmad Shaharuddin Rosdi.

Pada perlawanan itu, tuan rumah memulakan aksi mereka dengan melakukan asakan ke kubu lawan dan hampir memperoleh gol pendahuluan tetapi tandukan Dalibor Volas tersasar seawal minit kedua.

Pada minit ke-12, Pahang berjaya membolosi gawang lawan tetapi jaringan Volas tidak disahkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid selepas mendapat hantaran Pacheco.

Namun, gol pendahuluan yang dinantikan penyokong skuad Tok Gajah akhirnya muncul hasil sentuhan Volas yang juga pemain kelahiran Slovenia untuk menewaskan penjaga gol lawan, Wan Azraei Wan Teh pada minit ke-20.

Pada minit ke-32, Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan tuan rumah, Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan S Sittharajan.

Kekurangan seorang pemain jelas memberi tekanan kepada tuan rumah apabila pemain import Terengganu II Tomislav Busic hampir menyamakan kedudukan tetapi penjaga gol Nasril Nourdin menyelamatkan keadaan.

Pada minit ke-71, penyerang lawan Sapawi Rasid menyamakan kedudukan 1-1 untuk terus memberi tekanan terhadap Pahang.

Pemain gantian Terengganu II, Izzaq Faris Ramlan meletakkan pasukannya di depan 2-1 pada minit ke-89 namun selang seminit Pacheco menyamakan kedudukan 2-2 untuk memastikan Pahang pulang dengan satu mata.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");