Perak Hari Ini

Tong Gas Bernilai RM5,000 Dirampas

PARIT BUNTAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Parit Buntar telah merampas 49 tong gas memasak yang bernilai RM5,000 menerusi Ops Gasak (Gas Memasak) yang dilakukan pada Isnin lalu.

Dalam operasi yang diketuai oleh Md Nasir Mohamed itu, KPDNKK Parit Buntar telah menjalankan operasi bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang dengan bantuan lima anggotanya.

Md Nasir berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua buah premis pemborong gas memasak di sekitar Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Jelasnya, ketika menjalankan pemeriksaan, pihaknya telah mengesan satu les ke atas seorang pemborong gas yang memiliki lesen borong gas memasak yang sudah tamat tempoh pada 2014.

“Pada mulanya kami menganggap pemborong itu pastinya tidak lagi meniagankerana lesen borong gas dimiliki sudah lama mati.

“Namun apabila sesi pemutihan dilakukan, kita mengenal pasti pemilik premis masih lagi berniaga secara terang-terangan,”katanya ketika ditemui, semalam.

Berikutan itu, katanya, KPDNKK telah merampas 46 tong gas memasak jenis 12 kilogram dan tiga tong gas memasak jenis 14 kilogram serta merta.

Tambahnya lagi, nilai keseluruhan tong gas memasak yang dirampas itu mencecah RM5,000 mengikut harga pasaran.

Md Nasir berkata, siasatan awal yang dilakukan oleh pihaknya mendapati pemborong tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pengilang gas memasak untuk memperbaharui lesen atas sebab-sebab tertentu.

“Selain itu, satu tindakan telah diambil ke atas pemilik dan kes disiasat di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Selain itu, premis tersebut juga dikenalpasti menjual tong gas memasak itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga siling sehingga mencecah RM30 setong, berbanding harga siking sekitar RM26.60 bagi bersaiz 14 kilogram,”ujarnya.

Sementara itu, Md Nasir berkata, pihaknya juga telah mengenalpasti banyak peniaga runcit gas memasak di sekitar daerah Kerian tidak memiliki lesen untuk menjual produk tersebut.

“Berikutan itu, saya menyeru agar mana-mana peniaga runcit memohon lesen untuk menjual tong gas memasak ini bagi mengelakkan tindakan berat yang akan dikenakan.

“Buat masa ini, Ops Gasak akan difokuskan di peringkat pemborong dan kemudian kita akan perluaskan operasi ini ke peringkat peniaga runcitn dalam masa terdekat,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");