Berita Hari Ini

TPP: Felda rebut peluang pasaran

FELDA bersedia merebut peluang dalam menembusi pasaran lebih luas berikutan penyertaan Malaysia dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abd.Samad berkata, penyertaan Malaysia dalam TPP juga memberi kelebihan kepada peneroka menikmati keuntungan.

“Oleh itu, warga peneroka perlu berpandangan jauh mengenai TPP ini. Jangan sekadar mendengar pandangan daripada pihak yang tidak bersetuju dengan penyertaan negara yang mendakwa TPPA berat sebelah.

“Selain mendakwa boleh menjejaskan ekonomi negara, Felda perlu melihat ia sebagai peluang keemasan mengembangkan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Literasi Keluarga di Felda Raja Alias Satu di sini, kelmarin.

Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, Felda bersedia merebut peluang dalam pasaran produk keluarannya menerusi TPP ini.

“Perjanjian dimeterai negara membawa faedah kepada Felda biarpun tidak terbabit sepenuhnya dengan TPP.

“Felda menerusi pelbagai anak syarikat berpotensi menembusi pasaran di 11 negara terlibat terutama membabitkan minyak masak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Isa berkata, berlaku penyusutan pengeluaran minyak masak berikutan El Nino, namun ia tidak membimbangkan.

“Cuaca panas menyebabkan buah sawit yang dituai kurang berat sekali gus mengurangkan penghasilan minyak. Kita berharap keadaan akan pulih seperti biasa tidak lama lagi,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");