Panasnya Hari Ini

Tugas Muhyiddin Perlu Bantu Presiden UMNO

KUALA LUMPUR:Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memberi saranan supaya Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan peranannya membantu Presiden selain tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang dikhuatiri akan mengelirukan semua pihak.

Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru di laman blog miliknya sskeruak.blogspot.my.

Tambahnya lagi, selaku timbalan presiden, pastinya Muhyiddin pastinya memahami tugasnya dan sama sekali tidak bertindak melemahkan kepimpinan presiden dengan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan spekulasi kepada semua.

Katanya, Muhyiddin juga merupakan ahli politik berpengalaman pastinya lebih arif tentang Perlembagaan UMNO yang menggariskan tugas timbalan presiden parti.

“Tugas beliau bukanlah untuk melemahkan atau menggoyahkan perahu. Ucapannya di Pagoh baru-baru ini boleh menimbulkan spekulasi bahawa ia merupakan satu lagi cubaan Muhyiddin untuk memandang rendah dan melemahkan kepimpinan Perdana Menterinya (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.

Tambahnya, tugas selaku Timbalan Presiden  dan presiden UMNO adalah pemimpin negara ini.

“Saya berharap ucapan itu difahami dari luar konteksnya.

“Tapi, jika tidak demikian, dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk memandang rendah kepimpinan presidennya, maka beliau tidak memiliki kualiti untuk menjadi seorang pemain secara berpasukan.

“Dan, keputusan perlu dibuat sama ada oleh beliau sendiri atau parti untuk menghentikan sama sekali semua speklulasi tentang pendiriannya itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");