Panasnya Hari Ini

Tukar MB Bakal Jadi Punca BN Kalah PRU-14

KUALA LUMPUR:Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung menyifatkan tindakan pertukaran Menteri Besar Kedah yang menyaksikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatannya antara penyebab kekalahan Barisan Nasional di kedah pada pilihanraya akan datang.

Memetik sumber sinar harian, ia berikutan tindakan menyingkirkan Mukhriz yang dilihat sebagai pemimpin bersih dan bebas skandal telah membangkitkan kemarahan rakyat.

“Rakyat Kedah marah kerana Mukhriz terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri besar,” katanya selepas program ziarah Tahun Baharu Cina, sambil mengedarkan buah limau di Pasar Taman Berjaya, di Alor Setar kelmarin.

Tambahnya rakyat negeri ini mampu menilai bahawa Mukhriz telah menjadi mangsa keadaan berikutan kritikan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri, terhadap Najib.

Penyingkiran itu juga dakwanya adalah disebabkan tindakan lantang Mukhriz menyuarakan pandangannya yang ternyata tidak sehaluan.

“Situasi itu tidak ada kaitan dengan prestasi Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Mukhriz dilantik melalui demokrasi selepas PRU13 dan mendapat kepercayaan majoriti Adun Kedah.

“Beliau tidak sepatutnya digulingkan dalam apa cara sekalipun yang bertentangan amalan demokrasi, termasuk alasan yang tidak berasas,” katanya.

Ujarnya lagi, penyingkiran Mukhriz itu merupakan penghinaan besar kepada rakan komponen BN, iaitu MCA dan Gerakan, kerana sokongan mereka tidak diambil kira.

“Sekurang-kurangnya Umno menunjukkan hormat dan kesopanan, berunding dengan MCA dan Gerakan dalam isu ini, walaupun ia sekadar usaha kosmetik semata-mata,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");