Berita Hari Ini

Tumpu kawasan berisiko nahas

KUALA NERUS: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menempatkan seramai 10 anggota di dua pos statik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang berisiko sempena Operasi Tahun Baru Cina kali ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A.Rahman berkata, kedua-dua pos kawalan itu adalah di Bukit Besi, Dungun dan Cheneh, Kemaman, di mana melibatkan dua syif dengan lima anggota untuk setiap syif.

“Modus operandi adalah sama seperti mana tahun-tahun sebelum ini, di mana anggota kita akan mengadakan rondaan bersama-sama pasukan keselamatan yang lain seperti Polis dan Peronda LPT II.

“Selain itu, kita akan turut memberi tumpuan di lokasi-lokasi yang berisiko berlaku kemalangan sebagai contoh di laluan Sungai Tong, Setiu dan Penarik, Setiu,” katanya ketika ditemui pada Program Derma Darah di Hotel Tabung Haji dan Pusat Konvensyen Terengganu, Gong Badak, di sini.

Menurut Che Adam lagi, secara keseluruhan seramai 140 anggota di seluruh daerah akan terlibat dalam operasi rondaan bagi satu-satu masa sepanjang operasi yang terbahagi kepada dua iaitu mulai 6 dan 7 Februari dan serta 13 dan 14 Februari.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi had laju dan undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, di samping merancang jadual perjalanan pulang dan balik ke kampung masing-masing.

Dalam perkembangan lain, JPAM juga berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Kita telah bersedia dari segi keanggotaan dan logistik jika berlaku sebarang kemungkinan bagi memastikan bantuan segera dapat dihulur kepada mangsa nanti,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");