Sukan Hari Ini

Uruguay tak sabar tunggu kepulangan Suarez

MONTEVIDEO: Uruguay tidak sabar untuk menerima kembali kepulangan penyerang mereka, Luis Suarez dalam bola sepak antarabangsa bulan depan selepas selesai penggantungan sembilan perlawanan kerana menggigit pemain lawan.

“Kami tunggu detik ini dan sekarang ia sudah tiba,” kata jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez yang tetap berpendapat bahawa hukuman itu adalah melampau.

Suarez digantung sembilan perlawanan antarabangsa selepas menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada kempen Piala Dunia di Brazil, 18 bulan lalu.

Penyerang 29 tahun itu akan membuat penampilan semula ketika Uruguay menentang Brazil di tempat lawan pada 25 Mac ini pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018, diikuti aksi dengan Peru pada 29 Mac.

“Suarez cukup penting dengan apa yang kami lakukan atas padang. Ini apa yang dia ada dan pastinya beliau adalah aset bagi pasukan ini.” AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");