Perak Hari Ini

Usahawan Muda Pakaian Bundle

KAMUNTING: Dengan hanya menjual pakaian-pakaian terpakai atau pakaian bundle, siapa menyangka Fuzi Zainal 38, mampu meraih pendapatan lumayan sebulan.

Mula berkecimpung dalam perniagaan bundle, FF Mercu Niaga, pada umur 24 tahun, Fuzi hanya memulakan perniagaannya dengan menjualnya di pasar malam.

Menceburi bidang perniagaan pada asalnya hanya kerana ingin meneruskan kehidupannya dan mencari wang untuk melangsungkan perkahwinan.

PERAK TODAY 5

“Sebelum menjual pakaian bundle, saya tidak pernah bekerja. Saya hanya bekerja jadi buruh binaan di Ipoh selama lapan bulan.

“Saya hanya bersekolah hingga tingkatan dua. Semasa tingkagan tiga, saya tak sempat mengambil peperiksaan, jadi saya tidak mempunyai sijil. Itu menyukarkan saya mencari pekerjaan.

“Pada ketika itu memang saya tak minat berniaga tetapi saya terpaksa untuk ‘survive’. Jadi dengan jual pakaian bundle, modal dalam RM2,000 hingga RM3,000 dah cukup,”katanya ketika ditemui.

Bapa kepada tiga orang anak itu bercerita, beliau mula berniaga di pasar malam selama tujuh tahun bermula dari 2003 hingga 2010.

“Saya ada mengajak adik-adik saya bekerjasama membuka satu syarikat dan bermula dengan satu kedai, kini kami sudah mempunyai beberapa outlet di seluruh negara. Pada ketika itu, kami membeli pakaian terpakai untuk pasaran domestik.

PERAK TODAY 1-1

“Pada tahun 2012, kami ingin mengembangkan lagi perniagaan, jadi saya ke Jepun untuk mencari pakaian terpakai dan import secara terus pakaian yang belum siap di proses.

“Bila kami beli bahan mentah, kami bawa masuk ke kilang kecil milik kami pada ketika itu dan jual pada pasaran domestik dan juga Thailand,”ujarnya yang menetap di Pekan Batu Kurau.

Mengulas lanjut, suami kepada Sofina Zulkifli 38, berkata, sehingga kini, beliau telah mengeksport pakaian bundle ke lima buah negara iaitu ke Combodia, Thailand, Indonesia, Pakistan dan China selain mempunyai 11 outlet di Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Bercerita mengenai modal, beliau berkata, sewaktu mula berniaga di pasar malam, beliau mengeluarkan modal sebanyak RM2,000 dan menerima pinjaman dari TEKUN sebanyak RM8,000 yang digunakan untuk membeli sebuah van.

PERAK TODAY 2

Selepas mempunyai rekod bayaran yang baik dalam tempoh tiga tahun, pihak TEKUN kemudiannya menambahkan pinjaman sehingga RM20,000 yang digunakan untuk membeli sebuah lagi van.

“Pada tahun 2011, saya menyertai Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan saya membust pinjaman sebanyak RM100,000. Dari situ saya mula buat eksport pakaian terpakai dan membuka kilang.

“Pakaian terpakai di dunia ini banyak datang dari negara kelas pertama seperti Jepun, Korea, Singapura, Canada dan USA. Apabila musim bertukar, mereka akan buang sedangkan baju itu masih cantik dan berkualiti.

“Manakala pengguna pakaian bundle ini pula banyak dari negara-negara kelas kedua dan ketiga,”jelasnya.

Ceritanya lagi, beliau amat yakin bahawa perniagaan bundle ini mempunyai potensi besar di dalam industri.

Katanya, beliau kini terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat pengeksport pakaian bundle yang membuka kilang di Malaysia seperti syarikat dari Korea, Jepun, USA dan Australia.

PERAK TODAY 3

“Tapi sehingga ke hari ini, Alhamdulillah kami masih ada eksport yang bermakna kami mampu bersaing.

“Kami mengimport sekitar 15 hingga 20 kontena sebulan dan mengeksport keluar negara dalam lima hingga tujuh kontena.

“Pendapatan kami pada 1 Disember lalu untik jualan domestik mencecah sekitar RM400,000 dan bagi eksport dalam RM500,000,”ujarnya yang dibantu oleh 100 orang pekerja.

Beliau turut mengakui, pendapatannya pada ketika ini adalah sebanyak 70 peratus dari eksport dan 30 peratus dari hasil jualan domestik.

Sebelum mengakhiri perbualan, Fuzi, turut menasihatkan kepada golongan muda agar jangan pernah berhenti untuk mencuba.

“Dalam dunia ini tidak ada yang mustahil. Kalau kita buat pilihan yang betul, kita perlu yakin, mampu dan percaya bahawa kita boleh ubah masa hadapan kita,”ujarnya,

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");