Sukan Hari Ini

Wenger belum panik

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger tidak bimbang dengan keputusan kurang memberangsangkan pasukannya.

Malah, dia yakin The Gunners masih berada di landasan yang sangat baik untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Newcastle di awal 2016, kelab utara London itu sekali lagi mempamerkan aksi tidak konsisten.

Ini kerana, pada empat perlawanan berikutnya, Arsenal hanya meraih tiga mata daripada enam perlawanan terakhir.

Paling membimbangkan peminat, Arsenal mempamerkan penyudah tumpul apabila gagal menyumbat sebarang gol dalam tiga perlawanan terakhirnya bermula perlawanan menentang Stoke City (0-0), Chelsea (0-1) dan Southampton (0-0).

Hasilnya, kelab itu kini menghuni tangga keempat liga (sehingga semalam) dengan mengumpul 45 mata.

“Tidak ada alasan untuk panik. Ya, kami gagal mencetak gol, tapi persembahan kami bagus.

“Biasanya, kami beraksi lebih baik di pusingan kedua. Tapi situasi sekarang seperti tidak memihak kepada kami.

“Apa boleh buat, kami harus menghadapinya. Tidak perlu risau dan kekal fokus pada perlawanan berikutnya,” kata Wenger.

Pada masa sama, Wenger tidak menolak saingan liga kali ini lebih mencabar dan menganggap perebutan juara masih terbuka.

“Ada lima atau enam pasukan yang boleh bergelar juara. Manchester United dan West Ham juga ada peluang,” katanya.

Malam ini, Arsenal dijadualkan menentang AFC Bournemouth di Stadium Vitality.

Pada pertemuan pusingan pertama Disember lalu, Arsenal merakam kemenangan 2-0 hasil jaringan Gabriel Paulista dan Mesut Ozil.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");