Sukan Hari Ini

Zidane tidak akan jual Varane kepada Mourinho

MADRID: Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane tidak akan menjual pemain pertahanan, Raphael Varane meskipun ada khabar angin mendakwa pemain itu menjadi sasaran Jose Mourinho andainya dia membimbing Manchester United musim depan.

Bekas bos Chelsea itu bukan rahsia lagi menyatakan minatnya mengambil alih jawatan daripada Louis van Gaal di Old Trafford, selepas berdepan tekanan memuncak selepas pasukan itu terus bergelut sepanjang musim ini.

Varane menyertai Real daripada Lens pada 2011 ketika kelab itu dibimbing Mourinho dan dijangka bersatu kembali dengan jurulatih itu.

Bagaimanapun, Zidane yang tampak makin selesa di Los Blancos selepas menggantikan Rafa Benitez bulan lalu, mengesahkan betapa Varane adalah pemain utama dalam perancangannya.

“Sudah menjadi perkara biasa Mourinho akan mengambil Raphael, dia tahu pemain itu bagus, sebab itu dia membelinya,” kata Zidane. – Agensi/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");