Sukan Hari Ini

Zouma rehat enam bulan

PERTAHANAN Chelsea, Kurt Zouma terpaksa berehat enam bulan akibat kecederaan ligamen lutut yang dialaminya ketika seri 1-1 menentang Manchester United baru-baru ini.

Kecederaan itu juga menyebabkan dia akan terlepas keseluruhan baki saingan Liga Perdana Inggeris dan Euro 2016.

Memetik kenyataan rasmi kelab itu, Zouma akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

“Zouma akan menjalani pembedahan dalam tempoh 48 jam dan dijangka tidak boleh beraksi selama enam bulan,” katanya.

Zouma yang juga pemain kebangsaan Perancis telah membuat 38 penampilan untuk Chelsea sejak menyertai The Blues pada 2014.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");