Panasnya Hari Ini

Ahmad Said Simpan Rahsia Besar Najib

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang’,”kata bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad berkata demikian kepada portal berita Free Malaysia Today,mendakwa bahawa beliau telah menyimpan satu rahsia besar dan sekiranya rahsia itu didedahkan kepada umum, Perdana Menteri dan rakyat akan mendapat malu.

Berikutan rahsia yang disimpan itu, kata Ahmad Said, beliau telah berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya semata-mata bagi menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Mengulas lanjut, beliau hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat dan reaksi serta komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya, termasuk Najib.

“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor),”ujarnya.

Terdahulu, Ahmad telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika sesi membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong bagaimanapun telah menolak usul tersebut kerana usul yang dicadangkan oleh mantan Menteri Besar itu dibuat tanpa notis dan melanggar peraturan DUN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");