Isu Panas

PAS jalin kerjasama politik dengan Ikatan

Kuala Lumpur: PAS hari ini mengisytiharkan tahalluf siyasi dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semasa membacakan kenyataan media berkata, parti Islam sedang menggagaskan model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan badan bukan kerajaan yang ingin turut serta.

“Hari ini bermulalah kerjasama politik PAS dan Ikatan yang bergerak berteraskan penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik yang mengambil kesempatan, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara kita ini.

“Ini adalah detik kebersamaan dalam menentang kerosakan dan kemungkaran, seterusnya bersama mengukuhkan kebaikan sebenar bagi rakyat,” katanya pada sidang media di sini.

Pada sidang media itu juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir memeterai perjanjian sebagai tanda rasminya kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");