Membawang Hari Ini

Ada Apa Dengan Cinta 2 raih lebih RM300,000 hari pertama tayangan

KUALA LUMPUR: Filem Indonesia edaran Primeworks Distribution, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2), mencatat kutipan melebihi RM300,000 pada hari pertama tayangannya, semalam.

Tiket tayangan filem yang dibintangi Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra untuk hujung minggu ini turut habis dijual.

Mengikut kenyataan dikeluarkan syarikat pengedaran terbabit, hari ini, mereka menjangkakan kutipan lebih tinggi bagi judul susulan berkenaan selepas tayangan hujung minggu.

Filem arahan Riri Riza itu sememangnya menjadi karya dinantikan peminat setianya selepas 14 tahun Ada Apa Dengan Cinta arahan Rudy Soedjarwo menemui penonton di panggung. Filem terbitan tahun 2002 itu mengisahkan keteguhan cinta antara dua watak, Rangga dan Cinta, sejak di bangku sekolah.

Dalam filem susulan ini, selepas sembilan tahun terpisah dan memutuskan hubungan cinta yang sekian lama terjalin, Rangga kembali ke Indonesia bagi menambat semula hati Cinta yang sudah disunting oleh lelaki lain.

Sebanyak 90 panggung di seluruh negara dibuka untuk tayangan filem yang turut dibintangi Titi Kamal, Ladya Cherill, Sissy Priscillia, Adinia Wirasti, Dennis Adhiswara dan Mang Diman itu.

Filem yang memulakan tayangan secara serentak di Malaysia, Indonesia dan Brunei, bermula semalam, ini sudah pun ditonton lebih 25,000 orang di negara ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");