Membawang Hari Ini

Amy Mastura tak reti menghentam

KUALA LUMPUR: Berbanding Fauziah Ahmad Daud (Ogy) yang dilihat lebih lantang memberikan komen kepada peserta Gempak Superstar, Amy Mastura pula tampak berlapik ketika mengkritik.

Selesa dengan cara sedemikian, penyanyi lagu Sha Na Na itu mengaku beliau cuba mengimbangi posisinya sebagai juri tetap sebaik mungkin.

Apatah lagi, pertandingan dihoskan Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad yang bersiaran dari Pinewood Studio, Johor Bahru (JB), itu menjadi pengalaman pertama dirinya menggalas tugas juri.

Selama ini, ibu kepada dua cahaya mata itu hanya pernah menjadi juri undangan.

“Gementar dan cemas juga apabila saya mendapat tawaran ini. Saya sedar saya juga tidak sempurna, tetapi saya ambil semua itu sebagai cabaran.

“Ikutkan, saya memang jenis tidak reti menghentam orang. Selama ini pun, saya cuma ada pengalaman berada di atas pentas seperti peserta. Memang ada ketika, persembahan kita boleh menjadi sempurna. Ada hari lain pula, boleh jadi ‘ke laut’ ibaratnya.

“Tambahan pula, pertandingan ini adalah secara langsung. Bagaimanapun saya percaya, ia menjadi pengalaman berharga buat mereka yang bertanding,” katanya kepada BH Online.

Kata Amy, pada pertandingan itu, beliau lebih kepada memberikan komen berbentuk positif.

“Kalau ada komen negatif pun, saya sifatkan ia lebih berlapik. Kehadiran Ogy jelas bertentangan dengan saya kerana beliau lebih lantang ketika memberi komen. Jadi, saya lihat wujud keseimbangan di antara kami.

“Saya juga tidak melihat tugas dipikul sebagai tekanan, malah lebih kepada aktiviti menyeronokkan. Dengan pengalaman seni yang saya ada, saya cuba berkongsi bersama peserta.

“Masing-masing pula adalah pelakon yang turut berkebolehan dalam nyanyian. Sama juga seperti saya dan Ogy yang menceburi dunia nyanyian serta lakonan.

“Malah, mereka (peserta) pun kawan seperjuangan saya juga. Ada di antara mereka yang pernah berlakon dengan saya,” katanya yang ada kala ditemani suami dan anak ketiga turun ke JB untuk bertugas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/148679

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");