Sukan Hari Ini

Ancam potong gaji

Kuala Terengganu: Selepas amaran pertama tidak begitu berkesan, kini Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengancam akan melakukan pemotongan gaji kepada pemain dan pegawai jika terus buntu mencatat prestasi terbaik dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Selain itu PBSNT yang kecewa dengan prestasi merudum pasukan turut akan menggugurkan pemain tempatan dan import pada jendela perpindahan kedua bermula 25 Mei ini jika prestasi mereka tidak memuaskan pihak pengurusan.

Timbalan Presiden PBSNT Datuk Mazlan Ngah berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan yang diadakan semalam memutuskan pemain termasuk jurulatih berdepan pemotongan gaji sekiranya prestasi pasukan terus merosot.

“PBSNT akan mengeluarkan surat amaran keras kepada pemain dan pegawai supaya meningkatkan prestasi dalam dua perlawanan akan datang iaitu bertemu Sarawak pada 4 Mei dan Terengganu FC II pada 18 Mei.

“Surat amaran keras kepada pemain dan pegawai dikeluarkan petang ini (semalam) dan sudah dipersetujui kerajaan negeri bagi memastikan prestasi pasukan meningkat,” katanya ketika sidang media di Pejabat PBSNT, di sini, semalam.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, selain pemotongan gaji pemain dan jurulatih juga akan berdepan penyingkiran jika prestasi yang ditampilkan tidak begitu memuaskan selepas perlawanan itu.

“Jika prestasi mereka terus merosot dan gagal mencatat kemenangan dalam dua aksi terbabit, persatuan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka dan perlu dijawab dalam masa tujuh hari.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");