Sukan Hari Ini

‘Bunuh’ Saya Kalau Bayern Gagal Tewaskan Atletico – Guardiola

JOSEP Guardiola dikritik ramai selepas Bayern Munich kalah dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

Guardiola bagaimanapun berdepan krtitikan ini dengan meminta agar keraguan terhadapnya ditahan seketika kerana peluang untuk Bayern masih terbuka.

Sejak mengumumkan penghijrahannya ke Manchester City musim depan, jurulatih itu sering menjadi sasaran kritik, terutama oleh media-media Jerman. Apatah lagi apabila Guardiola belum dapat membawa trofi Liga Juara-Juara, alasan utama Bayern melantiknya sebagai pengganti Jupp Heynckes.

Ketika musimnya bakal berakhir, Guardiola tertekan jika gagal memenuhi tuntutan tersebut.

Die Roten tewas 0-1 di markas Atletico Madrid yang bermaksud Bayern mesti menang dengan perbezaan dua gol ketika berdepan dengan Atletico dalam separuh akhir kedua minggu depan.

Walaupun bermain di kandang sendiri, dia mengakui meraih kemenangan bukanlah satu perkara mudah.

“Semua orang sudah bunuh saya, tapi saya masih hidup,” kata jurulatih Bayern ini, memetik Mirror.

“Kami masih ada satu perlawanan lagi. Kalau saya kalah anda boleh ‘bunuh’ saya, tapi saya masih ada satu lagi kesempatan,” katanya.

Salah satu kritik tajam yang disasarkan kepada Guardiola adalah mengenai Thomas Mueller yang hanya diturunkan pada 20 minit terakhir sebelum tamat perlawanan, ketika Bayern sudah ketinggalan.

“Saya tiada masalah dengan permainan Mueller. Mungkin akan lebih baik kalau ketika itu dia turun bermain, tapi saya telah membuat keputusan dan hal itu tidak bermakna saya tidak sukakannya, hanya sekadar taktik,” sambung Guardiola.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");