Panasnya Hari Ini

Debat Batal Beri Manfaat Kepada Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah menempelak kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang yang dibuat di laman Twitter.

Ia susulan Penasihat DAP itu yang menyatakan bahawa Abdul Rahman telah diselamatkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis ekoran pembatalan debat antara dirinya dengan Lim Guan Eng.

Abdul Rahman menerusi laman Twitternya berkata, pembatalan debat berkenaan adalah lebih mendatangkan manfaat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Pembatalan itu adalah lebih bermanfaat kepada anak anda. Untuk mengelakkan beliau daripada menyebabkan prejudis dan mempamerkan kesalahan diri sendiri,” tulisnya bagi membalas apa yang dinyatakan oleh Kit Siang di laman Twitter.

Terdahulu, Kit Siang telah menyindir Abdul Rahman dengan menyatakan bahawa Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu seakan hanya gemar bersuara tetapi tidak mempunyai keberanian untuk berdebat dengan anaknya itu.

“Kasihan Rahman – terpaksa diselamatkan oleh SPRM/IGP (Ketua Polis) dari debat bersama Guan Eng yang membuktikan tong kosong bunyinya sahaja kuat,” tulisnya.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menggesa supaya stesen televisyen untuk membatalkan debat antara Abdul Rahman dengan Guan Eng yang dijadual disiarkan secara langsung berikutan kes berkenaan belum selesai dan masih dalam siasatan.

SPRM juga turut menggesa agar mereka tidak meneruskan debat, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat dan bukti kepada pihak berkuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");