Sukan Hari Ini

Fleet iktiraf Rashid Sidek

SIAPA tak kenal Rashid Sidek, pemain badminton kebangsaan yang banyak mengharumkan nama negara di pentas badminton antarabangsa pada era 90-an.

Nama sebenar beliau adalah Abdul Rashid Mohamed Sidek atau Adul nama singkatannya ketika zaman kanak-kanak.

Beliau lahir pada 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor dan merupakan adik bongsu dalam Sidek bersaudara.

Kejayaan beliau antaranya memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi.

Abang beliau Razif Sidek dan Jalani Sidek merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992.

Beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.

Rashid menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997.

Beliau pernah menjadi jurulatih kepada bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan kini masih berkhidmat sebagai jurulatih badminton.

Fleet sebagai sebuah jenama badminton antarabangsa buat julung kalinya memberi penghormatan kepada Rashid dalam produk terbaharunya pada tahun ini.

Fleet telah menghasilkan sebuah raket yang diilhamkan atas nama Rashid sebagai seorang legenda dalam badminton negara.

Raket yang diberi nama The Legend Rashid Sidek ini adalah keluar terbaharu Fleet yang dijangka mendapat sambutan di kalangan pemain badminton di negara ini terutama bagi pemain amatur.

The Legend Rashid Sidek direka khas untuk mereka yang mahukan lebih corak permainan serangan dan sedikit corak bertahan.

Pengarah Urusan Fleet International Holding Sdn Bhd, Teo Tong Wah ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya memberitahu Fleet amat menitik beratkan faktor kualiti dalam penghasilan produknya.

“Kita mengutamakan kualiti dalam setiap produk yang dihasilkan bagi menepati citarasa pengguna,” katanya.

Penghasilan raket ini telah mengambil masa yang lama iaitu hampir tiga tahun kerana Fleet mahu menghasilkan produk yang terbaik untuk pengguna.

“Raket ini lebih stabil dan pengguna tidak akan merasakan kesukaran untuk mengendalikannya. Ini kerana rangka raket ini dibina agar lebih aerodinamik, lebih stabil dan supaya bulu tangkis boleh pergi lebih laju,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");