Membawang Hari Ini

Foto Mira Filzah Diedit Seperti Lucah Untuk Jatuhkan Maruah

PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah tidak melihat popularitinya punca utama dia menjadi sasaran apabila tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengedit gambarnya menjadi bahan lucah baru-baru ini.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, sebaliknya berkata, ia berkemungkinan kerana niat tidak baik pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita bertudung.

“Saya tidak rasa populariti saya sebagai pelakon ada kena mengena dengan perbuatan ini tetapi ia lebih kepada niat tidak baik pihak berkenaan yang saya sendiri tidak tahu siapa atau apa tujuannya.

“Bagaimanapun saya lega kerana peminat dan masyarakat tidak terpedaya dengan gambar tersebut kerana jelas ia telah di edit,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, gambar Mira yang memegang objek replika kemaluan lelaki tersebar meluas di media sosial sehingga memaksa pelakon itu tampil membuat penjelasan di Instagram.

Dalam pada itu, Mira berkata, gambar berkenaan diambil ketika dia sedang memegang makanan yang ditaja bersempena sambutan hari jadinya yang diadakan oleh kelab peminatnya.

“Sebab itu saya tidak risau jika ada peminat percaya dengan gambar berkenaan kerana saya ramai saksi sebab majlis hari jadi saya dianjurkan oleh mereka,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mira Filzah disenaraikan calon akhir bagi dua kategori, Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars, Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016).

Jelas Mira, dia melihat pencalonannya itu bersama rakan-rakan artis seangkatannya sebagai persaingan sihat selain tidak mengharapkan kemenangan.

“Mendapat pencalonan sudah cukup besar ertinya kepada saya dan masih banyak perkara perlu saya pelajari untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri.

“Sebagai artis baharu inisiatif untuk terus kekal kena ada dan saya sendiri ada strategi tersendiri,” katanya.

APO2016 dianjurkan oleh mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Malam kemuncak APO2016 bakal diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) yang dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam.

Acara karpet unggu akan disiarkan menrusi saluran TVi (180 Astro) pada pukul 8.30 malam.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");