Panasnya Hari Ini

Khairuddin Persoal Tindakan Hentikan Pengiring Bermotosikal Polis Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoalkan tindakan pengiring bermotosikal polis yang mengiringi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihentikan pada 28 April lalu.

Ujarnya, perkhidmatan pengiring bermotosikal polis untuk mantan perdana menteri adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan iaitu keistimewaan yang diberikan kepada mana-mana bekas perdana menteri.

“Apakah perkhidmatan pada mantan perdana menteri yang lain juga ditarik balik? Adakah Tun Abdullah Ahmad Badawi juga ditarik balik keistimewaan perkhidmatan pengiring bermotosikal polis ini?

“Kalau perkhidmatan ini masih dikekalkan untuk Tun Abdullah, ianya agak aneh serta pelik kerana perkhidmatan yang sama untuk Tun Mahathir ditamatkan atau ditarik balik secara serta merta,”ujarnya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.

Tegasnya, keistimewaan yang diberikan terhadap bekas perdana menteri itu seharusnya tidak dikaitkan dengan pendirian politik seseorang tokoh.

“Kerajaan kata semua pihak mesti menghormati keluhuran undang-undang berdasarkan Perlembagaan negara tetapi dalam masa yang sama pihak kerajaan tidak menghormatinya.

“Kenapa pihak PDRM atau Kementerian Dalam Negeri tidak mengeluarkan justifikasi khusus terhadap tindakan mereka ini?”soal Khairuddin.

Jelas Khairuddin lagi, rakyat juga ingin tahu dari manakah arahan tersebut dikeluarkan dan apakah alasan yang akan diberikan di atas penarikan pengiring bermotosikal polis Tun Mahathir dihentikan.

“Jangan jadikan pelaksanaan undang-undang di Malaysia sebagai cacamarba! Pihak kerajaan harus bersikap rasional, bukan emosional di dalam melaksanakan keadilan yang berteraskan kepada Perlembagaan negara.

“Apa pun rakyat sedang memerhati perkembangan ini secara amat rapi. Rakyat boleh berfikir secara waras. Rakyat Malaysia amat bijak,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");