Sukan Hari Ini

Kyrgios hampiri final selepas benam Coric

ESTORIL (Portugal): Pemain Australia, Nick Kyrgios menghampiri perlawanan final keduanya berturut-turut di Terbuka Estoril selepas menumpaskan Borna Coric 6-4. 6-4 dalam pusingan suku akhir, awal pagi tadi.

Pemain nombor 20 dunia, Kyrgios tewas kepada Richard Gasquet dalam pusingan akhir, akan bertemu Nicolas Almagro dari Sepanyol, yang menewaskan pemain pilihan ketujuh dari Argentina Leonardo Mayer 6-4, 7-6 (7-5).

“Dia adalah seseorang yang saya lihat semasa membesar,” kata Kyrgios mengenai pemain veteran, Almagro. “Saya sering meminati cara dia bermain.

Saya tidak akan berfikir terlalu banyak mengenai perlawanan itu. Saya tahu apa yang dia akan lakukan dan saya tahu apa saya perlu lakukan untuk menang.”

Kyrgios yang akan berumur 21 tahun minggu ini, dan pemain Croatia berumur 19 tahun, Coric adalah dua pemain berbakat ATP tetapi tidak pernah menentang sesama sendiri sebelum ini.

Pemain Australia itu melakukan break pada awal kedua-dua set untuk mengekalkan rentak pemain itu dalam perlawanan di gelanggang tanah liat.

Dia kemudian melakukan servis ‘ace’ untuk dua mata kemenangan, dengan kedua-duanya diselamatkan Coric, sebelum Kyrgios menamatkannya pada peluang ketiga dalam masa 69 minit. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");