Perak Hari Ini

Laksana Catuan Air, Elak Keadaan Tambah Serius-SPAN

BUKIT MERAH: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),mencadangkan agar melaksanakan pelan catuan bekalan air di kawasan terjejas bagi menggelakkan keadaan bertambah serius.

Menurut Anggota SPAN, Datuk Dr.Marimuthu Nadason, SPAN bersedia melaksanakan kaedah itu berikutan ramalan Jabatan Meteorologi fenomena El Nino akan berlarutan sehingga bulan September ini.PERAK TODAY 4

“Para pengguna di kawasan ini perlu menggunakan air secara berhemah dalam keadan menghadkan aktiviti melibatkan penggunaan air yang banyak,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Empangan Bukit Merah di sini hari ini.

Ujarnya lagi, keperluan yang diberi keutamaan adalah kegunaan air untuk aktiviti seharian.

“Kita juga tidak mahu aktiviti keluarga terganggu kerana catutan air,” katanya lagi.

PERAK TODAY 1

Tegasnya lagi, keperluan untuk melaksanakan catuan air perlu dilakukan dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaan lebih serius berlaku.

“Kaedah catuan adalah melalui kebenaran kerajaan negeri, usaha kami adalah untuk menggesa agar tindakan itu dilaksanakan supaya mengelakkan ia menjadi lebih teruk,” katanya.

PERAK TODAY 3

Ujarnya lagi sekiranya catuan air dijalankan ia mampu menampung bekalan keperluan air dalam sekitar 60 hari.

Terdahulu, semalam Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin paras air di Empangan Bukit Merah meningkat sebanyak 6.18 meter (20.30 kaki) namun masih berada pada tahap kritikal.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");