Perak Hari Ini

Larangan Penggunaan Plastik, Polistrin Sepenuhnya Di Perak Mulai Jun 2017

Larangan Penggunaan Plastik, Polistrin Sepenuhnya Di Perak Mulai Jun 2017

IPOH: Perak akan menjadi negeri kedua di negara ini selepas Melaka apabila akan menguatkuasakan larangan penggunaan plastik dan polistrin sepenuhnya pada Jun 2017.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamad Amin Zakaria (BN-Batu Kurau) berkata, pelaksanaan larangan penggunaan dua bahan tersebut akan dijalankan secara berperingkat bermula Jun ini.

“Peringkat pertama ialah bermula Jun 2016 di mana kita akan menguatkuasakan atau larangan penggunaan dua bahan tersebut di kafeteria dan bangunan-bangunan negeri pada setiap hari Jumaat.

“Peringkat kedua pula akan bermula pada Januari 2017 iaitu penggunaan plastik di kafeteria dan bangunan-bangunan kerajaan negeri tidak dibenarkan lagi.

“Peringkat ketiga ialah bermula Januari 2017, kita melarang penggunaan dua bahan ini di bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua bangunan atau premis PBT di seluruh negeri Perak.

“Manakala peringkat terakhir ialah mulai Jun 2017, kita melarang penggunaan dua bahan ini di jabatan-jabatan yang lain termasuklah agensi negeri dan Persekutuan termasuk juga di pasaraya dan dalam kalangan orang awam,”katanya dalam sidang media sempena sidang Dewan Negeri, hari ini.

Mengulas lanjut, kerajaan negeri memandang serius tentang larangan penggunaan dua bahan tersebut dan telah lama mempertimbangkan perkara tersebut.

Namun, ujar Mohamad Amin lagi, kerajaan negeri terpaksa mengambil sedikit masa untuk rakyat dan orang ramai tidak terkejut dengan pengumuman tersebut.

“Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan bahan-bahan seperti kertas atau bahan-bahan yang boleh diurai seperti yang diperbuat daripada jagung atau ubi yang boleh diurai secara semulajadi.

“Untuk penguatkuasaan, PBT akan menggunakan akta dan undang-undang serta enakmen sedia ada untuk menguatkuasakan larangan ini,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");