Jenayah

Lima individu ditahan curi kabel

KULIM: Lima individu yang disyaki mencuri kabel bernilai RM166,500 di sebuah kilang pemasangan kereta di Kawasan Perindustrian Padang Meha, Padang Serai di sini telah ditahan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, turut ditahan pembeli kabel tersebut, pengawal keselamatan dan pekerja kilang.

Mereka ditahan bermula Ahad hingga Khamis lalu di pelbagai lokasi sekitar Kulim dan Malau.

Polis turut merampas sebuah lori serta cebisan kabel yang sudah dibakar.

Abdullah berkata, individu terbabit telah menjual sebahagian barangan tersebut di kedai barang lusuh dengan nilai RM6,000.

Mereka juga didapati negatif dadah, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");