Sukan Hari Ini

Misi tiga mata di Old Trafford

LEICESTER City berpeluang merealisasikan ‘kisah dongeng’ luar biasa mereka lebih awal dengan muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama kali dalam sejarah 132 tahun pada musim ini.

Impian The Foxes menyempurnakan misi mustahil dari pasukan yang tidak diletakkan harapan kepada juara Inggeris bakal menjadi kenyataan jika skuad bimbingan Claudio Ranieri menundukkan Manchester United di Stadium Old Trafford, Ahad ini.

Walaupun berbaki tiga lagi perlawanan, namun tiga mata sudah cukup untuk memastikan Foxes menjulang gelaran liga sekali gus melakar sejarah mengujakan dalam bola sepak Inggeris.

Leicester kini mengutip 76 mata manakala Tottenham Hotspur, yang merupakan satu-satunya pencabar mereka, mengumpul 69 mata. Manchester City dan Arsenal mengumpul 64 mata.

Jika Ranieri sering mengambil pendekatan berhati-hati apabila menegaskan semua yang dicapai Leicester perlu diberi fokus satu demi satu, namun berbeza apa yang dimahukan anak buahnya.

Pemain sayap Leicester, Jeff Schlupp menggesa rakan sepasukannya untuk menamatkan kerja mereka dengan awal serta penuh bergaya.

“Jurulatih selalu berpesan agar sentiasa merendah diri dan fokus satu persatu perlawanan.

“Tapi, kali ini bukan rahsia lagi yang kami bertandang ke Old Trafford untuk menang dan catat sejarah lebih awal.

“Inilah masa yang terbaik untuk menamatkan kempen luar biasa kami.” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");