Jenayah

Murid perempuan OKU didera bapa tiri

BESUT – Setelah sekian lama menanggung derita didera bapa tiri tanpa belas kasihan, akhirnya kejadian menimpa seorang murid perempuan orang kurang upaya (OKU) itu dibongkar penduduk kampung.

Kanak-kanak malang berusia 9 tahun itu dipercayai didera oleh bapa tirinya dalam kejadian berlaku di rumahnya di Taman Selasih, Kampung Padang Landak, di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, penduduk kampung yang tidak tahan melihat penderitaan murid tersebut apabila melihat dengan jelas kesanbengakak dan lebam di bahagian pipi mangsa dipercayai dipukul bapa tirinya telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 11.20 malam Khamis lepas.

Menurutnya,susulan laporan tersebut, sepasukan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyerbu rumah keluarga kanak-kanak tersebut kira-kira jam 3.20 pagi semalam.

“Polis telah menahan lelaki berusia 34 tahun itu sementara mangsa telah di bawa oleh JKM untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut di Hospital Besut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");