Perak Hari Ini

Perlu Beli Barangan Ada Kelulusan Sirim

SELAMA: Pengguna disaran supaya memastikan sebarang pembelian barangan seperti barangan telefon bimbit dan barangan eletronik telah mendapat perakuan SIRIM dan selamat digunakan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin barangan seperti pengecas telefon bimbit dan bateri perlu juga diberikan perhatian khusus dan dipastikan tulen.

“Barang-barang perlu mempunyai perakuan SIRIM iaitu tanda-tanda yang mengakui serta mengikut standard piawaian negara kita.

“Pengguna perlu memahami dari segi penggunaan mereka perlu membeli sesuatu mempunyai kelulusan dari SIRIM,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat segelintir pengguna yang bertindak membeli barangan yang murah tetapi mempunyai risiko dan kesan yang serius kelak.

Ujarnya lagi, beliau juga telah mendapatkan maklumat balas daripada sebuah syarikat telefon terkemuka berhubung masalah tersebut malah pihak syarikat itu telah memaklumkan pihaknya kini sedang mengkaji mengenai kejadian telefon bimbit meletop semasa dicaj yang kerap berlaku baru-baru ini.

“Berkemungkinan ianya bukan produk original.

“Begitu juga bateri telefon yang kebanyakkan pengguna suka membeli barangan yang murah bagaimanapun ia tidak mempunyai standard yang diperakukan,” katanya lagi.

Tegasnya lagi, pihak KPDNKK akan mengeluarkan kenyataan supaya standard keselamatan diikuti oleh semua syarikat pengeluar telefon bimbit di negara kita kelak.

Tambahnya lagi setakat ini pihak KPDNKK telah menerima pelbagai aduan termasuk berhubung pembelian pengecas telefon bimbit.

“Sesiapa yang membeli boleh membuat aduan dan pihak KPNDKK akan mengambil tindakan,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");