Panasnya Hari Ini

PKR Persoal Tindakan Hadkan Tempoh Kehadiran Azmin Ali Di Sarawak

KUALA LUMPUR: PKR Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang bertindak menghadkan tempoh untuk Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Azmin Ali untuk berada di Sarawak.

Memetik sumber Astro Awani, Pengarah Bilik Gerakan Utama PKR di sini Lynette Tan menegaskan bahawa tindakan tersebut merupakan satu penyalahgunaan Akta Imigresen sedia ada.

“Atas dasar apa keputusan untuk menghadkan tempoh Azmin berada di sini?

“Peruntukan dalam akta tersebut memerlukan ia dilaksanakan berdasarkan peraturan,” jelas Tan.

Terdahulu, Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor tiba di Kuching pagi tadi dan menggunakan pasport beliau untuk memasuki Sarawak.

Bagaimanapun cop rasmi tertera di atas pasport beliau dikatakan hanya membenarkan Azmin untuk berada di Sarawak sehingga 2 Mei.

Kebiasaannya, rakyat Malaysia bukan dari Sarawak dibenarkan untuk memasuki negeri tersebut sehingga 90 hari.
Ketika ini sedang berlangsung kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");