Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : Adenan Akan Berjuang Untuk 20 Peratus Royalti Minyak

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau akan terus berjuang untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negeri itu.

“Kita (kerajaan negeri) akan terus melakukan perbincangan sehingga berjaya memperoleh kejayaan meningkatkan perolehan 20 peratus royalti itu berbanding lima peratus sejak 53 tahun.

“Perlu diingatkan bahawa hasil minyak dan gas kita di Bintulu dan Miri adalah milik Sarawak. Jadi, ia adalah hak kita untuk mendapatkan royalti yang lebih tinggi daripada kerajaan Persekutuan demi hala tuju dan masa depan negeri ini,”ujarnya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau, Kuching, semalam.

Sementara itu, Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak turut memberitahu, beliau tidak akan berputus asa untuk mendapatkan kembali kuasa autonomi dalam bidang tertentu daripada kerajaan Persekutuan sekiranya diberi peluang sekali lagi menerajui Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei ini.

Mengulas lanjut, pada ketika ini, rundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan masih dijalankan bagi mengenal pasti kuasa yang perlu diberi semula kepada Sarawak.

“Seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963, kita mahu kuasa atau autonomi itu diserah balik kepada kerajaan negeri,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Adenan turut menegaskan bahawa segala pembangunan yang dikecapi oleh rakyat Sarawak sejak 53 tahun lalu perlu dikekalkan di bawah pemerintahan kerajaan BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");