Sukan Hari Ini

Real Madrid lebih baik tanpa Ronaldo

PERTAHANAN Real Sociedad, Yuri Berchiche menyifatkan ketiadaan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama Real Madrid menjadikan pasukan itu lebih baik.

Menurutnya, pertahanan Real dilihat lebih kukuh dan mampu bertahan dengan baik tanpa kehadiran Ronaldo.

“Adanya Ronaldo, Karim Benzema dan Gareth Bale di bahagian atas akan menyebabkan semua pemain lebih cenderung menyerang daripada bertahan.

“Tetapi tanpa Ronaldo, mereka lebih kuat bertahan dan pemain lawan akan sukar mencari ruang untuk meloloskan diri.

“Saya juga yakin ketiadaan Ronaldo tidak akan memberikan kelebihan kepada kami,” katanya.

Ronaldo akan terlepas perlawanan menentang Real Sociedad, Sabtu ini akibat kecederaan yang menyaksikan turut terlepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester City, kelmarin.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");