Sukan Hari Ini

Selesai konflik

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan pertemuan dengan penaja pasukan itu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Vida (gambar kecil) selasa ini bagi menyelesaikan kemelut membabitkan kedua-dua pihak yang timbul sejak beberapa hari lalu.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Mohd Noor berkata, pertemuan itu akan dibuat di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit.

Katanya, pihaknya yakin pertemuan itu mampu menjernihkan kembali ‘konflik’ membabitkan kedua-dua pihak baru-baru ini.

“Bagi kami kekecohan dan kekeruhan yang ditimbulkan sebelum ini memang tiada apa-apa isu besar cuma isu kecil yang boleh diselesaikan di meja rundingan.

“Kami masih menghormati penajaan Dr Vida dan kami harap pertemuan minggu depan mampu menyelesaikan isu berkenaan berdasarkan kontrak yang dipersetujui sebelum ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kelab penyokong rasmi Kelantan di Wisma KAFA di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden KAFA Muhammad Nasir Hamzah dan Bendahari KAFA Nik Aminaldin Jaafar.

Dr Vida dilapor ‘terasa’ dengan kenyataan Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial yang memuat naik secara lengkap nilai penajaan pihaknya dan keperluan sebanyak RM4 juta yang diperlukannya lagi.

Annuar juga menyebut Chengaljati Sdn Bhd yang menjadi penyumbang tertinggi KAFA musim ini, berbanding sumbangan Vida Beauty Sdn Bhd sebanyak RM16 juta selama dua musim.

Kelmarin Annuar menerusi status Facebooknya berkata beliau hanya menjelaskan fakta sebenar bukan merungut.

Beliau juga memaklumkan sentiasa berhubung dan berbincang dengan Dr Vida sepanjang masa sekali gus menafikan mereka berbalah.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");