Berita Hari Ini

Semak semula gaji minimum dalam tempoh dua tahun

MARAN – Pelaksanaan skim gaji minimum sebanyak RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Labuan, Sabah dan Sarawak bermula 1 Julai ini akan disemak semula dalam tempoh dua tahun.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, proses semakan itu perlu dilakukan bagi memastikan gaji yang diterima adalah bersesuaian dan relevan dengan tempoh masa itu.

“Lepas dua tahun kita akan lihat duduk semeja bersama majikan, pekerja dan kerajaan melalui Jawatankuasa Penyelaras Gaji Kebangsaan (ILO) bagi melihat semula kadar gaji berkenaan,” katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran berkata demikian selepas Program Ziarah Parlimen Maran di sini, hari ini.

Beliau menambah pelaksanaan gaji minimum dibuat secara adil dengan penglibatan semua pihak iaitu majikan, pekerja dan kerajaan supaya keputusan yang dibuat dapat diterima semua.

Ismail juga mengingatkan majikan untuk mematuhi pelaksanaan skim itu bermula Julai ini dan meminta pekerja yang tidak menerima gaji minimum untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Mana-mana majikan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun dan didenda RM1,000 sehari jika masih terus melakukan kesalahan itu,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");