Jenayah

Stor penyimpanan perkakasan dapur musnah

SEREMBAN – Sebuah stor penyimpanan perkakasan dapur musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Mantin, dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Mohd Hidayat Basli berkata api sedang marak ketika anggota tiba di lokasi dan mereka mengambil masa kira-kira 48 minit untuk memadamkan api sepenuhnya.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.49 pagi dan tiba ke lokasi 10 minit kemudian bersama tujuh anggota.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, operasi pemadaman api itu turut dibantu lapan anggota lain dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada api dapur dan kerugian dianggarkan berjumlah kira-kira RM30,000 hingga RM40,000.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");