Berita Hari Ini

Visi besar majukan Sarawak: PM

BETONG: Datuk Seri Najib Razak mengakui mempunyai visi besar untuk membangunkan sosio-ekonomi Sarawak menerusi usaha meningkatkan pendapatan rakyat agar setanding negeri maju lain.

Perdana Menteri berkata, kerjasama erat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri selaku `keluarga besar Barisan Nasional’ memungkinkan banyak projek menjadi kenyataan walaupun pernah dianggap mustahil untuk dilaksanakan.

“Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM16 bilion adalah antara projek raksasa yang berjaya direalisasikan.

“Kita juga mahu menekankan kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk di luar bandar.

“Justeru, Kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Betong. Kita mempunyai banyak lagi program pembangunan di luar bandar,” katanya selepas melancarkan RTC Betong di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Najib berkata, Kerajaan Pusat menggunakan pendekatan berpusat seperti RTC Betong dalam memastikan kegiatan ekonomi penduduk luar bandar boleh dikomersialkan secara bersepadu.

“Kedudukan perkampungan dan rumah panjang yang berselerak di kawasan luar bandar Sarawak adalah pemangkin tercetusnya idea pembentukan RTC.

“Selain mendapatkan perkhidmatan di agensi kerajaan, penduduk boleh memasarkan produk pertanian masing-masing, selain menyertai latihan keusahawanan dan program latihan bahasa Inggeris,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");