Perak Hari Ini

222 Masjid, Surau di Pasir Salak Terima Sumbangan Moreh

PASIR SALAK: Sebanyak 59 buah masjid dan 163 surau di kawasan Parlimen Pasir Salak me­nerima bantuan sumbangan wang moreh berjumlah RM78,400 sempena bulan Ramadan pada tahun ini.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Taju­ddin Abdul Rahman berkata, pemberian sumbangan berkenaan sudah menjadi tradisi yang dilakukan oleh wakil rakyat di kawasan masing-masing pada setiap tahun.

Beliau berkata, setiap masjid dan surau masing-masing menerima sebanyak RM500 dan RM300.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat menjadi tambahan kepada sumbangan lain yang sedia ada pada surau atau masjid untuk tujuan moreh pada bulan Ramadan ini,” katanya.

IMG-20160529-WA0008

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan moreh tersebut yang diadakan di Masjid Al Hidayah, Kampung Permatang Pelanduk dekat Kampung Gajah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tajuddin turut menyeru kepada pimpinan masjid dan surau supaya mengimarahkan lagi bulan Ramadan dengan kegiatan yang menepati tuntutan agama Islam.

“Selain kita mengadakan solat terawih, kita adakan pula moreh yang boleh menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat dengan ahli kariah masing-masing.

“Ini kerana, silaturahim itu penting bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan berkasih sayang,” katanya lagi.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada pimpinan masjid dan surau untuk menjadi contoh dengan menunjukkan keprihatinan kepada ahli kariah masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");