Perak Hari Ini

7 Laman Berlainan Konsep Hiasi Dataran KTM Ipoh

IPOH : Dataran berhadapan Stesen Keretapi Ipoh (Dataran Stesen) kini bertukar wajah apabila dihiasi dengan tujuh laman dengan menampilkan tema berbeza bagi setiap satu dan ia sudah tentunya menggamit pengunjung tempatan dan luar.

Lebih dikenali sebagai Dataran KTM di kalangan setempat, dataran yang dahulunya hanya meriah pada waktu malam kini menjadi tarikan pengunjung untuk sepanjang waktu.

Terdapat tujuh laman dibina dengan menggunakan kepakaran dalaman Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu yang berkonsepkan Tropical, English, Wedding, Fantasy, Partition, alam semulajadi dan tradisi.

IMG-20160525-WA0005

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, keunikan di Dataran KTM itu dinaiktaraf bersempena dengan perayaan 100 tahun Dewan Bandaran.

“Kerja-kerja menaiktaraf ini menggunakan kepakaran dalaman Jabatan Landskap MBI dan bahan-bahan yang digunakan pula terdiri daripada bahan terbuang dan boleh didapati tapak semaian dan stor MBI.

“Pasukan yang terlibat dalam kerja-kerja menaiktaraf ini pernah mewakili negeri Perak dalam Pameran Pertanian MAHA pada tahun 2012 yang mana negeri Perak telah mendapat tempat kedua dalam kategori landskap,” katanya menerusi satu kenyataan.

PERAK TODAY 19

Zamri berkata, kerja-kerja menaiktaraf dataran itu bermula pada 1 Mei lalu dan siap sepenuhnya pada 15 Mei 2016.

Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa dataran itu akan menjadi satu lagi lokasi tarikan pelancongan di Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Perak 2017.

PERAK TODAY 8Sementara itu, seorang pengunjung tempatan, Ruziah Yusof, 55 berkata, sebagai anak Perak beliau merasa seronok dan bangga apabila melihat perubahan di Dataran KTM itu.

 

“Ianya sesuatu yang berbeza. Kalau dahulu dataran ini kelihatan agak lengang pada waktu siang, tetapi kini ianya menarik dengan adanya tujuh laman ini. Satu pemandangan yang berbeza berbanding sebelum ini.

“Saya yakin ianya akan menjadi satu tarikan pelancong yang baharu apabila berkunjung ke sini kerana di sini juga terdapat bangunan bersejarah seperti Stesen Keretapi Ipoh dan Dewan Bandaran,”katanya yang berasal dari Beruas itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar pihak berkaitan dapat memperbanyakkan lagi kawasan seperti ini untuk pengunjung bersantai bersama keluarga.

 

Sementara itu, dua remaja berusia 19 tahun dari Klebang, di sini, Nursyakiran Johan dan Nur Adibatul Husna Said berkata, mereka tahu mengenai kewujudan tujuh laman itu menerusi Facebook.

“Ini pertama kali kami berdua datang ke sini selepas melihat ianya menjadi viral di Facebook. Tambahan pula kami sekarang belajar luar daripada Ipoh.

“Jadi apabila pulang ke Ipoh, kami seronok melihat pembaharuan yang terdapat di sini,”kata Nursyakirah, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh.

PERAK TODAY 13

Bagi Nur Adibatul Husna pula, beliau turut mengharapkan pihak berkiatan dapat memperbanyakkan lagi taman mini seperti ini.

“Bagi golongan muda seperti kami yang suka ‘berselfie’, dengan adanya taman ini, kami boleh bersantai sambil berseronok. Jadi saya harapkan agar taman sebegini dapat diperbanyakkan lagi,”ujar pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

PERAK TODAY 24

Bagi seorang pelancong dari Afrika Selatan, Hank Egberink 47, berkata, kewujudan laman-laman tersebut merupakan satu perkara yang bagus.

“Dengan adanya taman-taman seperti ini, ianya menjadikan bandaraya ini kelihatan hijau, terutamanya di kawasan sekitar ini,”ujarnya.

PERAK TODAY 23

PERAK TODAY 20

PERAK TODAY 16

PERAK TODAY 17

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");