Jenayah

Ahli sindiket curi kenderaan ditahan

Kuala Terengganu: Polis Terengganu menahan lelaki yang juga ahli sindiket curi kenderaan pacuan empat roda di Kampung Teluk Tasik, Guntung, Setiu, semalam.

Suspek berusia 30 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor ditahan kira-kira 3 petang oleh sepasukan polis sebaik menerima maklumat mengenai kehilangan kenderaan milik pekebun berusia 65 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa meletakkan kenderaan di hadapan restoran makanan segera di Pantai Batu Buruk, di sini pada 12.30 tengah hari dan hanya menyedari kehilangan berkenaan 30 minit kemudian.

“Susulan maklumat diterima, gerakan mencari dijalankan dan mengesan kenderaan berkenaan di Kampung Teluk Tasek, Guntung, Setiu sebelum polis memintas kenderaan dinaiki suspek.

“Tiga lelaki melarikan diri ke kawasan ladang sawit sebelum kami menahan suspek berusia 30 tahun.

“Kita sedang mengesan dua lagi suspek dipercayai warga Thailand masing-masing dikenali sebagai Sobree Palakmuming, 34, dan Pak Yu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");