Perak Hari Ini

Amirul Nur Rayyan Gembira Terima Tangan 3D

TAIPING: Amirul Nur Rayyan Amirul Faiz 6 tahun, merupakan penerima tangan 3D bagi projek 20 tangan 3D anjuran Kolej Komuniti Taiping dan Sujana Mohd Rejab.

Kanak-kanak yang berasal daripada Perai, Pulau Pinang itu merupakan kanak-kanak yang mengalami kecacatan sejak lahir di sebelah kiri tangannya.

PERAK TODAY 5

Majlis penyerahan tangan 3D itu berlangsung dalam majlis penutup pertandingan MyCCSkills bidang Beauty Therapy dan Ladies & Men Hairdressing 2016 di sini hari ini.PERAK TODAY 8

Program ini merupakan usaha bagi membantu kanak-kanak cacat pergelangan tangan dan jari untuk lebih selesa menjalani aktiviti seharian.

Seramai 20 kanak-kanak dipilih untuk menerima tangan 3D tersebut hasil rekaan Sujana Mohd Rejab dan dibantu oleh sukarelawan dari Jepun serta tiga pelajar kolej Komuniti Taiping.

Menurut Rejab, pemberian tangan 3D tersebut merupakan satu peristiwa yang berharga bagi dirinya.

“Saya bersyukur akhirnya cita-cita saya selama ini yang telah mengambil masa hampir dua tahun membuahkan hasil dengan penciptaan tangan robotik 3d yang masih lagi dalam peringkat prototaip usahasama dengan Kolej Komuniti Taiping menerusi program dikenali dengan 20 Tangan 3D,” katanya.

PERAK TODAY 3

Tambahnya lagi, pemberian tangan 3D itu akan dijalankan secara berperingkat dan dijadual berakhir pada bulan Oktober ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");