Membawang Hari Ini

Ammar manfaatkan bakat

Ammar Hamdan, satu nama yang masih baru dalam dunia hiburan tanah air dan tampil dalam industri hiburan dengan lagu ciptaan sendiri.

Dia bakal menghadiahkan kepada peminat muzik bingkisan album penuh yang memuatkan lapan lagu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab berkonsepkan ketuhanan.

“Tiada batas dalam beragama, apatah lagi Islam menganjur kepada penyatuan ummah. Lantaran itu saya mahu mesej dalam lagu itu sampai kepada semua orang.

“Hadirnya saya dalam industri seni bukan untuk bersaing, tetapi untuk memanfaatkan minat, bakat, kebolehan dan kelulusan yang ada.

“Andai kata laluan saya dalam usaha untuk menjadi artis terkenal tidak terlaksana, saya tidak akan berhenti setakat itu saja, malah, sudah ada perancangan terus berada dalam industri,” katanya.

Memiliki ijazah sarjana muda dalam jurusan muzik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Ammar boleh mencipta dan menggubah lagu. Berbekalkan ilmu yang dituntutnya itu, sebaik saja menamatkan pengajiannya pada 2013, dia menubuhkan syarikat sendiri, Ammar Hamdan Global Music Centre.

Penyanyi yang mewarisi darah campuran Arab Yaman dan Pakistan daripada kedua-dua ibu bapanya itu, yakin mempertaruhkan semua lagu ciptaan sendiri dalam album sulungnya itu.

“Pendengar sekarang lebih terbuka minda mereka kerana apa yang lebih penting mesej dalam lagu itu,” katanya.

Lapan lagu itu, Dengar Namamu, O Beloved Muhammad, Chase That Dream (menampilkan penyanyi Sleezy Moss), People of Gaza, Journey of His Life, Princess of My Heart, Puteri Hatiku (versi bahasa Melayu Princess of My Heart dan Izinkan Ku Kembali (menampilkan Syafiz Zulkifli).

Album itu akan diedarkan oleh Warner Music Malaysia Sdn Bhd. Mengetengahkan konsep ‘world music’, Ammar turut memasang impian untuk menembusi pasaran muzik antarabangsa.

Menerusi syarikatnya juga, Ammar menerbitkan album ayat suci al-Quran 30 juzuk yang dialunkan qari dan hafiz daripada Melbourne, Australia iaitu Djimaleh. Album itu akan berada di pasaran pada Ramadan ini.

Ammar juga akan melebarkan bakat seninya dalam kerja di belakang tabir dan sedia bekerjasama dengan mana-mana artis.

Perkembangan lain, penyanyi yang dilahirkan kembar itu, akan menghiburkan peminat pada sambutan Hari Ibu yang akan diadakan di Impiana KLCC Hotel & Spa, Kuala Lumpur pad 8 Mei ini, jam 3.30 petang.

Acara yang dinamakan ‘Sepetang Bersama Ratu Hatiku’ itu akan turut menampilkan Aishah (Janji Manismu), Noryn Aziz dan Heliza Helmi serta Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood selaku penceramah.

Kepada mereka yang mahu meraikan ibu masing-masing, meja dijual pada harga RM10,000, RM5,000 dan RM250 untuk pembelian individu. Tempahan sudah mulai dibuka.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");