Jenayah

Api merebak dari kaunter

KUALA PILAH – Kepantasan dan kecekapan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah tiba di lokasi kebakaran dalam masa seminit sebaik menerima aduan, berjaya mengawal kebakaran di sebuah restoran daripada terus merebak.

Kebakaran bermula jam 6.30 petang kelmarin, di Pekan Pilah, mencemaskan peniaga di kawasan berhampiran, apabila melihat api mula merebak dari ruang kaunter dan tempat memasak roti canai di bahagian depan restoran tersebut.

Ketua Operasi, Mohd Arifin Isa berkata, sebaik menerima panggilan jam 6.33 petang, sembilan anggota termasuk dirinya bergegas ke lokasi kejadian yang jarak hanya 400 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah.

“Sebaik saja pasukan kami tiba, api sudah marak di bahagian depan. Kebetulan waktu itu, restoran itu tidak beroperasi. Kami terpaksa memecah pintu premis berkenaan bagi memudahkan kerja-kerja pemadaman api dilakukan.

“Kami berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan bersebelahan iaitu sebuah premis barangan elektrik dan Pusat Zakat termasuk sebuah premis tingkat atas dalam tempoh lima minit,” katanya.

Mohd Arifin berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana ketika kejadian pekerja restoran tiada di premis tersebut.

“Setakat ini, punca sebenar kebakaran masih belum dikenal pasti kerana siasatan sedang dijalankan begitu juga kerugian dialami oleh pengusaha.

“Dari segi bekalan air, tiada masalah kerana di depan restoran terdapat pili bomba sekali gus memudahkan operasi pemadaman api,” katanya.

Jelasnya, restoran itu hanya 20 peratus terbakar melibatkan bahagian kaunter pembayaran dan tempat memasak roti canai.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");